Thursday, December 31, 2009

I TEGHIAK





sebab takde sape dapat A dalam kuiz "How Well Do U Know Nurul Aqila Salim" . Bye

Tuesday, December 29, 2009

SIBUKKAN DIRI ANDA DENGAN DENGAN PERKARA BERFAEDAH

Ini week saya ada banyak sangat kelija yang nak buat . Persediaan nak masuk sekolah . Nak kena kemas rumah sorang sorang sebab sekarang Shla dah keja . Nak main YoVille Zoo World Sorority Life lagi . Tiba tiba minggu akhir bulan deblas ini saya dapat kelija part-time dekat rumah . Sain kontrak selama seminggu sahaje . MARI GELAK KUAT KUAT SEKARANG SEBAB SAYA JADI CIKGU TUISYEN HAZIQUE . Satu hari dua subjek . Satu hari dua jam . Upah ada tapi tak tau berapa . Ikhlas ni . Tadi ajar Math dengan BM . Paling memeritkan jiwa bila time tengah ajar Hazip BM , dia tanye


H : Hazip pandai BM tau akak
Q : Oh yeke
H : Pekse baru baru ni Hazip dapat BM A . Akak dapat ape ?
Q : T.T Akak dapat B je wuuuuuuuuu



Mengapa BM GEO SEJ aku B ? Mengapa ? Mengapa ?








Minggu lepas balik kampung terus dapat khidmat spa terbaik punya dari Ain dengan Amir . Saya dapat khidmat Ain . Shla dapat khidmat Amir . Amir punya perkhidmatan paling bessst sekali . Ada urut urut kepala . Saya dapat pengetuk kepala sahaje . Bye

LIMO A JO ?

My very first present









But my very precious one right now is my PBC watch . It's from my mum♥

Tuesday, December 22, 2009

JENG JENG JENG

Sejak akhir akhir ini aku memang serius tension gila . Dengan terperuk duduk dalam rumah buat benda yg sama berulang kali . Dapat prank sms lah kan daripada Jebon pasal PMR result . Fikir result dapat berapa lagi . Fikir tahun depan dah tak macam tahun sebelum sebelum ni dah *tiada Yuvarani nak kacau dengan sekutu sekutu yg lain . Semua ini menyebabkan munculnya ruam di dahi . Yeke ? Bukan ruam muncul sebab berpeluh ? *Takpe janji biar nampak macam tension sangat




Jeng Jeng Jeng . Kelab Jeng Jeng lakonan Didie Alias memang superbbb . Ceh saya tipu sebab saya baru tengok sekali .

Monday, December 14, 2009

Jebon James Bond

Jebon Dzarul Hafiz bin Dol Malek pernah berkata *melalui sms ;

"weyh! tau x result pmr kuar jumaat ni! aq baru tau td! aq da tgk kat metr0 ngn internet,, kmntrian kte result pmr prlu dkluarkn dgn sgra gara2 mggu pgrsn spm....dye 2lis 11 dis ni mknenye jumaat ni!!

Nk tau lbih lg ko g lman web ni..

Www.Wakenabeb.c0m

Hahaha Cuak r 2:P"


Agak sialan bukan ? Sms ini telah aku terima pada 10 Dis 09 iaitu sehari sebelum "result keluar" kannnnnnn Hafiz ?


p/s:TOLONG JANGAN HANTAR MSG YG BOLEH BUAT KETAR LUTUT MCM INI DEKAT SAYA ATAU AWAK SAYA TERAJANG HUHAHAHA*siwiyess

AMYRA BUSUK GILA !



yelaaaa aku pun SAMA-SAMA SIKIT huhaha

Sunday, December 13, 2009

ANISA SAFWA SHATTRI



Hahaha nah Anisa mamat kau sendiri bagi kek ni untuk birthday kau yg ke ehem ehem malu la nak cakap . Okay yg ke 23 . Bye muah :)

Friday, December 11, 2009

APA KAMU TAHU




SAYA RINDU NAK HANG OUT MACAM INI LAGI KAMU TAHU , WAHAI JIRAN SEKALIAN :(





tapi saya takdela rindu kat kamu semua huahuahua

Tuesday, December 8, 2009

ENTAH KENAPA



Awat lagu ni oiiii (- , -')

HARI INI HARI BERSEJARAH BUAT HAZIP SEBAB

"Demi keadilan , harini Haziq tak kencing atas tilam . Memang hari bunga yang indah"


Wow memang satu penghijrahan buat kanak-kanak berumur 7 tahun 5 bulan . Syabas !

Wednesday, December 2, 2009

Bukil Jalil di Klang

Pada suatu malam yg dingin , seorang perempuan yg comel sedang menonton tv sambil ber-text-ing dengan rakannya . Tiba-tiba handphonenya mendendangkan lagu What'cha Say dendangan Jason Derulo menandakan seseorang sedang menelefonnya . Apabila perempuan comel itu ingin menekan button yg berlambangkan telefon berwarna hijau tanda ingin menjawab panggilan dari nombor yg tidak dikenalinya itu , suddenly handphonenya itu berhenti berbunyi . Perkara itu terjadi berulang-ulang kali dalam masa 15 minit dan barulah perempuan comel itu sedar bahawa si pemilik nombor yg tidak dikenalinya itu sedang bermain-main misscall dengannya .

Si perempuan comel itu berasa bengang kerana dalam 1 minggu ini , banyak nombor yg tidak dikenalinya membuat misscall pada waktu tengah malam . Jadi , dia pun mula meng-text nombor yg dinamakan Jibek 4 itu untuk mengetahui siapakah dia .

PC : "Siapa ni ?"
J4 : "Kt cnie amy.. Kt cne boy or girl"
PC : "Amy mana ni ? Mana dapat no ni ?"
J4 : "Amy sbng.. No kwn amy la.. Name die orng pngl boy.. Kt sne sape name"
PC : "Ohh kamu dah salah no ni . Ini Jalil Klang ."
J4 : "K thanks.. "

Haaa amek kau aku bagi Jalil Klang ! Cakap Amy Subang macam aku kenal sangat budak-budak Subang . Siapala yg bagi no aku kat mamat ni laaa grrrrr


* Perempuan Comel / PC : Aqila
* Jibek 4 / J4 : Amy Subang

Sunday, November 29, 2009

FATIMAH BUDAK PANDAI

Happy Birthday . Yeayy lagi sorang dah tua hahaha

Thursday, November 26, 2009

BERBALOI-BALOI



Wahh excited gila aku tengok cite ni tadi wey . Memang berbaloi laa penantian aku dari tahun lepas dan berbaloi jugakla aku habiskan kesemua duit aku untuk tengok cite ni heee . Walaupun duit dah takde tapi tak mengapa . Aku rasa aku dah cukup gembira dah . Tapi cuma terkilan sikit sebab tak tengok dari mula sebab masuk lambat . Harap tak banyak yg aku terlepas . Ramai betul pendatang baru yg diorang masukkan dalam movie ni . Dengan werewolves-nye yg hot hot dan Jacob yg berbadan sasa dan penampilan Jasper yg nampak lebih matang dan Alice yg comel dan Edward & Bella yg sweet . Memang berbaloi-baloi :))


p/s : New Moon is extremely more interesting than Twilight .

Tuesday, November 17, 2009

MAK AKU KATA 2

"Ish ! Qilah ni dah gelap sangat dah mak tengok . Dah dah jangan keluar lagi tau"




Ini macam saje je bagi alasan nak suruh aku terperuk dalam rumah wuuuuu aku dah gelap ;(

Monday, November 16, 2009

KAU LAWA


Waaahhhh sekarang ni aku tengah addicted dekat drama ni haa , You're Beautiful . Orang kata rating dye lagi tinggi dari Boys Over Flower . So aku pun try la tengok . Tapi tak dapat bagi rating lagi sebab tak tengok habis lagi . Tapi memang best la . Dahla si comel Jan Geuk-Sun berlakon sekali , suara sedap pulak tu awwww~


Kenapa laaaa kau comel sangat kan dan kenapa laaaaa dalam cerita ni kau rambut panjang ikat-ikat pulak tu haishhh i tak suka lelaki rambut panjang . Bye

Thursday, November 12, 2009

TANGKAP LELEH


Well , semalam i rasa teramatlah bosan dan tak mengantuk disebabkan tidur yg terlalu awal pada malam sebelumnya . Jadi i buat keputusan nak tengok K-Movie Haeundae yg pernah keluar kat panggung M'sia time bulan 10 kot kalau tak silap . Actually , movie ni i nak tengok kat wayang dengan Sai dan Amal nye . Tapi , mak siapalah yg bagi anak dia tengok wayang time PMR dah dekat kannnn .

Firstly i nak cakap cerita ni kalau korang tengok , korang hanya akan cakap "Sedih gila" takpun "Kesiannye" takpun tak terkata langsung sebab memang sedih gila . I yg tengok time pagi-pagi dengan muka sememeh ni pun teriak gila-gila . Lenjun baju i yg bahagian leher tu tau . Nasib baik adik i pegi sekolah , kalo tak mesti dia bahan baik punya . Tapi i rasa kalo dia tengok pun mesti nangis jugak . Dan i rasa inilah satu-satunye movie yg dapat buat i keluar air mata paling banyak sekali walaupun i ulang 2-3 kali .

Serius weyy i cakap . Sampai ada salah seorang penonton cerita ni kat wayang kata , time tengok cerita ni satu panggung tu menangis . Cerita ni dapat bagi korang rasa dan tengok macam mana orang-orang kt Pulau Pinang dulu kena Tsunami . Bulu roma semua terangkat bila tengok ombak dia gila tinggi . Tapi yg ni bukan Tsunami lagi tapi Mega Tsunami berketinggian 50 meter dan bergerak lebih kurang 700 km per hour .


Dalam movie ni ada banyak pasangan yg berkait-kait laa macam cerita Sepi tuu . Setiap pasangan ada cerita tersendiri . Pasangan yg paling sedih sekali ialah pasangan yg bawah ni haa . Huuuu sedih gila .


So korang tengokla sendiri dan nilaila sendiri cerita ni . Mungkin korang kebal so tak kuat nangis macam i .


Bila besar i nak boipren macam si atas ni ha . Walaupun tak hensem dan tak cute langsung tapi jiwa tuluuuss ikhlasss murniiii gitu . Tapi i nak yg cute-cute la sikit . Bye .

Friday, October 30, 2009

KHATAM SUDAH

semalam

TARIK TALI YG RUPA MACAM EKOR LEMBU

Okay sekarang ni aku tengah sakit semua anggota badan , dari atas sampai bawah . Tangan kiri dah lenguh gila sampai kalo angkat pun dah macam nak meraung sudah . Punggung pun tak lari dr tanggungjawab melenguhkan diri sendiri . Dahla dua-dua belah pulak tu yg sakit . Biarlah sebelah je , nak dua-dua belah jugak . Tak ke naya nak duduk tu . Bahu , dua-dua kaki , peha , pergelangan kaki semua sama je perangai .

Okay tutup cerita . Mari bertaranum .

Akhirnya , setelah lebih 4-5 tahun menunggu dapat juga merasa macam mana main tarik tali . Besstttt sampai badan lenguh lenguh . Sampai tak boleh nak ngadu kat mak sebab nanti mak tak bagi main tarik tali lagi . Benci .

Tapi taktau lagi sape yg menang sebab perlawanan ditunda ke hari Isnin . Hampeh penat kitorang bersemangat lebih-lebih .

Then , semalam pulak main Baling Selipar bapak lawak . Aku dahla tak reti main . Asyik nak tergelak je . Tapi kitorang kalah kat peringkat ke-2 main . Ini semua aku punya pasal la . Pegi baling selipar dekat Min aka geng sendiri hahaha .

Sekarang muka dah hitam balik . Dahla esok ada jamuan . Tak dapat nak me-lawa-lawa kat Hadi haha . Minggu depan pulak pegi Genting . Lagi la naya . Kalo hitam jugak taktau la aku nak buat apa . Tapi takpe sebab Sai pun hitam jugak . Hahaha . Bye

Thursday, October 29, 2009

LONGLAI

Minggu ni memang best gila . Sebab minggu ni minggu game hehehe . Aku lagi suka minggu game drpd minggu-terperuk-dalam-dewan-dengar-ceramah . Aku , Sai , Min , Elza pakai taruk je nama kat semua game . Paling best , Sai masuk Skipping hahahahaha . Kena rakam !

Dan dan hari ini kan kan , ada game Bola Jaring . Dan siapa sangka Elit juara . hehehe . Memang penat gila bila kena lawan dgn pihak lawan yg gila aktif dan agresif . Lagi-lagi aku kena jaga seorang budak yg boleh dikatakan mempunyai kedua-dua ciri di atas dalam kelas tu .

Dan berbaloilah setiap pengorbanan aku dgn men-ignore-kan bola tapi menjaga setiap langkah pihak lawan . Dia ke kiri aku ke kiri . Dia ke kanan aku ke kanan . Macam belangkas . Bayang-bayang pun boleh jugak .

Tapi sekarang badan dah sakit-sakit even dah warm up dulu sebelum main . Ini semua gara-gara main explorace Geo hari Isnin tak warm up dulu . Ingatkan game dia ala-ala sakai sebab tahun lepas main memang tak adventure langsung . Tiba-tiba ambik kau ! Kena menari , berlari , masak , teka-teka , menulis dan mengorbankan tangan digigit dan dijajah cengkerik yg saiz mcm lipas . EEE sape punya idea la tu . Nasib baik Tomen berani .

Esok pulak , aku masuk baling selipar . Pastu nak gak masuk tarik tali sebab tak pernah pun main . Semua sebab aku kurus la ni . Teringin nak jatuh-jatuh . Bye

Tuesday, October 27, 2009

KOREANISMMMMM

Sekarang aku memang seorang yg sangat ter-busy . Mentang-mentang speaker dah ada , apa lagi perangai time darjah 6 datang balik . Menge-syok-kan diri sendiri dengan drama-drama Korea di YouTube . Hidup sungguh bermakna sampai teringat time nak UPSR dulu , berebut Lee Dong Wook dengan Shahiera Hasnan . Hahaha gila .


So , sebelum PMR aku ada buat alaa kira-kira macam Wish List lah kann . Aku senaraikan movie-movie and drama-drama Korea yg aku nak khatamkan sebelum masuk form 4 . Setakat ni , ada dalam 2 movie dah habis tonton dan satu drama dalam proses yakni Boys Over Flower .


Boys Over Flower ni memang dah lama aku nak tengok disebabkan hero-hero-hero-hero dia kacak-kacak tapi , disebabkan faktor Tiada Speaker dan PMR , aku gagahkan diri menahan nafsu . Memang syokk gila ahh tengok cite ni . Tergoda , terpikat , ternoda semua ada lah .


Bye

Monday, October 19, 2009

WANI COMEL SIKIT AKU COMEL BANYAK



Okay Wani yang comel sikit . Ini untuk awak sempena birthday yg ke 15 pada 081009 haritu . Sori post lambat sebab susah nak carik kek Barbie ni tau . Hwehwehwe . Tapi tapi , kek Barbie aku lagi top dari Min punya kan kan haha . Petang nanti pukul 5 kita janji kita hantar kek ni kat rumah awak ok . Terimalah pemberian ikhlas dari saya yg comel banyak ni . Sekiang

KAU RASA TITLE POST APA YG SESUAI UNTUK ENTRY NI ?

Hip Hip Horrrraaaayyyyyy !

Ceh ceh saje saje je nak buat buat excited yg fresh punya sebab dah habis PMR padahal dah nak seminggu berlalu . Feel dia time first day was GREAT ! . Second day WOAH ! Third day YEAH ! Forth fifth sixth day pulak macam suam suam suku je rasanye . Sebab apa nak tau . Sebab pegi sekolah je ada ceramah . Pegi sekolah je ada ceramah . Benci I lah . Sakit pinggang sakit punggung u tau tak duduk kat dewan tu .

Tapi , apabila buku ditolak tepi tv didahulukan memang perkara yang amat bagus sekali . Tidur pun lena je takdelah nak fikir fikir esok camne ek ? esok camne ? kan kan PMR candidates semuaa

After the end of PMR ceh macam bangga je banyak kali nak ulang PMR dah tamat , memang banyak masa diluangkan untuk YouTube . Walaupun kesian tak ada speaker , tapi tak mengapa . Keperitan yg dialami tak akan dihadapi begitu lama kerna Sai dah belikan hwehwehwe .

Oh lupa nak bagitau , semalam aku pergi rumah Yuvarani untuk Deepavali di mana ayah dia ambil dan ayah dia hantar hahaha . Sewonokkk betul . Bye

Saturday, October 3, 2009

PMR


Okay ini dari myspace-so-tak-laku aku . Saje ngade-ngade nak guna Photoscape . Guys , bye-bye for a while . Wish me luck for my big exam next week . Hope kita-kita (cehhh untuk kanak-kanak PMR) dapat buat yang terbaik ! Good luck kat Fatin , Anisa , Fatimah (rasanye tak perlu kot , kau dah pandai sangat) dan semua yang jauh-jauh tuuu . That's all . Chow

Thursday, September 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA

Oit , Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pembaca blog ini especially kawan-kawan aku laa kan . Maaf Zahir & Batin kalau ada tersalah taip ke tersasul bahasa ke kan atau tersakitkan hati awak-awak semua hehe . Dan kepada 2 orang hamba Allah yg sorang tinggal kat Bangi and sorang kat Putra Permai tuuuu tunggu je la kad raya aku ek . Korang dua orang mesti tak bagi kad raya kat aku an , sebab sampai sekarang aku tak dapat kad raya dari korang T.T .

Tahun ni , aku rasa raya takdela seronok mana , walaupun duit raya dapat banyak sebab balik dua-dua kg tahun ni , tapiiiiiiiiiiiiiiii


DUIT RAYA AKU HILANG !

Benci betul . Dahla duit tu hasil titik peluh beraya setengah hari kat Negeri Sembilan . Sekarang ni duit raya Ali lagi banyak dari duit raya aku ! Grrrr

Then , lagi 2 minggu nak PMR dah . Kau rasa siapa laaa yang ada mood nak beraya kalau exam besar nak dekat dah kan kan kan .

Gambar raya memang ada banyak tapi malas nak upload . Nanti bila-bila masa aku uploadlah ye . Nak eksyen-eksyen sikit hheheee

Sunday, September 6, 2009

TAK BOLEH BLA


Dah berapa malam saya tidur pukul 4 . Bangun pukul 5 . Ini semua angkara Drama Korea yang menampilkan pelakon-pelakon yang memang tak boleh bla kacaknya . Lagi-lagi kalau Shla balik rumah . Disebabkan pc kat rumah speaker rosak , jadi jakunlah saya dan adik saya bila Shla balik rumah bawa laptop . Terhegeh-hegeh .


Cuti yang lepas , baru mendapati bahawa hero drama Princess Hours yang sudah beribu kali ditonton amatlah kacak . Jadi asyik gooooooooooogle je lah pasal JOO JI HOON . Tiba-tiba tengok ada satu Korean Movie yang dibintangi oleh beliau . Cerita gay bhaiiiiiiii . Tak tahan aku .


Jadi , saya yang amat jarang menonton movie Korea ni pun tidurlah lagi sekali pada pukul 4 . Sangat tak boleh bla . Cerita dia memang best gila saya cakap sama lu . Kelakar pulak tu . Saya suggestkan kepada anda-anda yang gilakan Korea agar menonton Antique Bakery dengan lapang dada . Bagi saya ceritanya memang boleh bagi 5 bintang . Anda ? Saya tak nak ambil tahu .


Kenapa saya bersopan santun untuk enrty kali ini ? Saya pun tak tahu . Saya rasa hari ini saya tak boleh bla . Bye

Monday, August 31, 2009

AKU TAHU AKU BELAGAKK



Itu adalah saya di dalam gambar pertama ketika bertingkatan 1 . Muka aku sememangnya macam Dayang Senandung kat slot Lagenda time itu . Jadi baik di-sensod-kan daripada terbiar bukan ?

Thursday, August 27, 2009

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Aku sedar sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah , aku makin berubah . Lebih-lebih lagi dari segi warna . Namun tak pernah seorang pun yang menegur aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan . Until a boy came to me and said


"Kak Qila-kak Qila . Dulu kan , Haziq tengok kak Qila ni kaler coklat pekat . Sekarang dah coklat cair dah laa hehe "


The one and only paling sopan dollllll . Pernah jumpa budak macam ni ka ?

Wednesday, August 19, 2009

NUR FATIN AFIQAH a/p AZMIRUDDIN

Happy Birthday yg ke 23 . Moga kau cepat besar agar kau jadi lagi tua dari aku hahahaha and sorry lambat wish :)

FEVER RIVER

Cewaaahh title post aku bagai nak rak . FIVER RIVER bhaiii .

Boring betul duduk rumah . Tak tahu nak buat apa . Nak makan takde selera . Nak minum pun , kena minum 100 plus je sebab kalau minum air masak tak sedap . Rasa pahit , rasa ubat demam yang kena makan 4 kali sehari tuu . Wekk

"Kalau 3 hari lagi demam ni tak baik-baik , datang sini balik ye" kata Dr. Rasmani .

Gerun gila bila dengar si doktor cakap camtu . Yela , aku demam dahla tinggi , batuk pulak tu , nasib baik tak selsema kalau takk memang jadi suspek H1N1 laaa jawabnye . Tapi alhamdulillah sebab lepas makan ubat semalam dah rasa okay sikit . Dah boleh solat tak terhuyung-hayang . Takdela rasa macam nak baring je .

Tapi yang paling kesiannya , si Sai la . Dia dah terjangkit dgn aku . Dia batuk gila teruk ahh . Lagi teruk dari aku kot . I hope she'll be okay . Sorry ye Sai :)

Yang si kawan-kawan pulak agak tak guna .

"Wey Qila , kalau kau nak datang sekolah kau kena pakai mask ek . Kalau tak nak pakai jangan datang"

Haha bangang .

Sekarang pukul 1222 . Kena makan ubat pahit tuu lagi . Rasa macam tak nak makan , tapi nak sihat punye pasal terpaksala telankan je . Huh~

Sunday, August 16, 2009

PPOLLLARRROOID


serious comel gilaaaaaa . aku dah gila bayang dah ni . bagi sesiapa yg rasa bersalah sebab tak bagi hadiah kat aku , bagi kamera ni pun dah cukup baik hehe :)

Friday, August 14, 2009

OMG !

Oh God , dah nak pengsan dah ni . Cepat-cepat angkat . Bertahan oiii

a pack of wolf of New Moon

NAMA GLAMOUR I DULU-DULU .........


Jangan salah sangka . Nama glamour aku semestinya bukan KAMBING . Tapi berkait rapat dengan kisah seekor kambing .

Begini ceritanya . Dulu dekat kelas 5 ke 6 UPM tah ada satu sudut bacaan . Dekat sudut bacaan tu ada disediakan lauk pauk untuk dimakan . Taklah aku tipu . Dekat sudut bacaan tu ada laa terhidang buku-buku dan majalah-majalah lama .

Dalam banyak-banyak buku kat situ , ada laa satu buku pasal sekor kambing . Aku tak pasti ceritanya macam mana . Yang aku tahu dia cite pasal kambing ni hitam . I mean saaaaaangat hitam . Dan berkilat . Disebabkan badannya yg berkilat tuu , dia dpanggil si KILAT .

Dan tidak semena-menanye , nama aku ditukarkan menjadi nama kambing itu . Tidak-tidak . Bukan sebab aku ni hitam dan berkilat ; amboi korang aku taula aku tak putih kann hmm ! Ianya ditukarkan dari nama yg sungguh syahdu lagi sedap didengar , Aqila , ke nama yg sama dengan seekor kambing , KILAT kerana sebutannya agak sama dengan nama aku .

Begitu malang nasibku ini sampai kat taman aku ni pun ada orang panggil aku KILAT . Sungguh terbawa-bawa .

Tapi , nama aku yg paling glamourous sekali ialah SALEM .

Goodbye .

TAGGED FROM MIN GENDUT

Upload a picture of you in a position that you hated the most :

hate this picture but kinda like the boy at the back muahahaha

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :

1. qila
2. ding (its act "keding")
3. ila (sai bangang)
4. qala

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1. 21 July
2. 21 Nov
3. 20 Nov
4. -

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :

1. baca blog anisa
2. carik blog yasmin
3. tengok tv
4. makan

FOUR WAYS TO BE HAPPY :

1. makang la kawang oii
2. kacau tocang yuvarani(dia takkan melawan . sewonokk betul)
3. gelak-gelak dengan kawang-kawang
4. berangan

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :

1. the mossssttttttt is Anisa and Fatin or Fatin and Anisa
(karang Fatin merajuk pulak kalo aku letak nama Anisa dulu)
2. my schoolmates and classmates in SKTU & SRATUI
3. ex lama si Amirul hahaha (terindu pulak)
4. ex-ustaz M dan F

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :

1. moneyyyyyyyyyyyyy
2. semua series buku Twilight :)
3. kereta sebijik , kalo tak keberatan Nissan Latio pun jadilah
4. Kamera

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :

1. cuci mata kiri dan kanan
2. makan
3. gelak
4. tengok tv / youtube / clip video

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :

1. tempat shooting twilight (time diorang tengah shooting)
2. over
3. sea
4. sssss

FOUR FAVOURITE DRINKS :

1. mineral water
2. soya season aghhh
3. carrot milk
4. air yang boleh diminum

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :

1. purssssse of course gila kau tak bawak
2. camera
3. tisu
4. tisu yang telah diguna tadi atau semalam atau kelmarin

FOUR FAVOURITE COLOURS :

1. biru turqoise
2. violet
3. hijauu
4. kelabu

TOP FOUR HANGOUTS :

1. Midvalley Megamall
2. Mines
3. Alamanda , Jusco
4. and Putrajaya

TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH :

1. ALLAH SWT & Nabi Muhammad SAW
2. mak , abah , kakak , dan abang ; kira family laa
3. friends of courseeee
4. my sepupu , anak sedara dan rakan sekelas :)

TOP FOUR 'THINGS' SPECIAL TO YOU :

1. tak
2. paham
3. la
4. maaf

TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED :

1. su
2. ka
3. ha
4. ti

Friday, August 7, 2009

INI BENAR ! BUKAN AKU YANG SALAH !

Hari Ahad haritu aku keluar pergi yang flora-flora kat Putrajaya tu . Aku pergi agak awal tapi takdela awal mana pun , dalam pukul 9 lebih bertolak . Dan kebetulan pula pada hari yang aku pergi tu ada perasmian pembukaan agaknye .


Malas nak cite panjang lebar , lepas aku naik hot air balloon yang memang menakutkan , aku terasa bagai sangat sungguh dan amat tidak tahan nak buang air kecil . Jadi , kitorang adik beradik carikla tandas guna map yang diorang bagi .


Bila dah jumpa tandas , aku dapati tandasnye sangatlah pelik . Ye , maybe aku ni jakun tak pernah tengok tandas sebegitu rupa , ianya merupakan tandas bergerak yang mempunyai troli dan agak kecil sekali . Ada 4 kesemuanya di bawah 1 khemah tertutup . 2 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan .


Aku pun berhitung-hitung nak masuk tandas yang mana satu . So aku pilih yang paling tepi sekali .


Dan sebaik sahaja pintu itu dibuka dalam 1/3 lebarnya , aku dapati ADA SEORANG LELAKI BERPAKAIAN BATIK KUNING EMAS-EMAS DI DALAMNYA SEDANG MEMAKAI SELUAR ! . Sungguh tidak aku jangka perkara ni akan terjadi dalam hayat aku yang masih belum mengenal erti hidup .


Dengan penuh kejutan , aku terus berlari sambil membawa kakak-kakak aku dan adik aku lari dari situ sambil menjerit-jerit dalam nada sederhana "ADA ORANG KAT DALAM ! ADA ORANG KAT DALAM !" .


Kami membuka langkah seribu cuba lari sejauh yang kami mampu sambil tergelak-gelak tanpa menghiraukan orang sekeliling yang makin pelik melihat gelagat kami . Aku bukan apa , aku takut orang tu cam muka aku ni ha . Tak pasal-pasal aku kena saman sebab 'menghendap' walhal aku bukan orang yang jenis begitu .


Tapi , seriously bukan salah aku sebab

1) Pakcik tu yang tak kunci pintu siapa yang suruh
2) Kenapa dia masuk tandas perempuan padahal dia tu LELAKI


Ingin aku terangkan di sini bahawa AKU TAK BERSALAH dan ...... aku tak nampak apa-apa okay . Mata aku masih lagi suci . Bye

Sunday, July 26, 2009

AKU MASIH MUDA

*A BIG THANKS kepada Shla & Fatin & Anisa fer the earliest bfday presents i got .
*My family untuk makan-makan tuu haaa .
*Sai , Min , Elza , Tika , Sue , Lydia & Qoyy for the bithday 'party' . Sooo damn cool laa u guys , eventhough the Qoy only sit and being a really 'good' boy hahahaaa .
*Alia also , yang memang tak di sangka-sangka gave me a card with a little tiny wishes .
*Yuvarani , thanks for the t-shirt .
*Adi hehe for the cokelat :)) .
*Ruban , Hazirah , Amira , Wannnneee , Yuni , Aika and who else ? Tak ingat lahh . Sorry .
*Ohh si Tomen yg bagi aku kiss euuww kat kepala hahaha .
*Dan kepada mereka-mereka y wish tapi aku tak ingat ni .
*THANK YOU SOOO MUCH yeah . I love u guys . Bye

ISU HANGAT MASA KINI



Saturday, July 11, 2009

LOGHAT DIA

Begini ceritanya . Aku dengan 4 orang lagi kawan aku ditugaskan membuat satu magzine y berunsurkan 'Teenage Angst' . Dan salah satu tajuk y geng aku nak buat ialah 'Kelab Tiada Dara' y semakin popular sekarang ni . Disebabkan satu geng aku dengan aku-aku sekali ni rabun BI (majalah BI) , aku pun tanyala antara budak terpandai dalam kelas aku yakni si Yuganes , apakah 'tiada dara' dalam BI .

Aqila : Woyy Yuganes , 'tiada dara' dalam BI apa ek ?
Yuga : Apa dia ? Saya taa dengarla (walaupun jarak aku dengan dia ni cuma 5 cm je)
Aqila : 'Tiada dara' dalam BI apa ? Non-virgin kannn ?
Yuga : Bukanla ... (muka straight mata gerak-gerak tanda sedang berfikir) Ooo ... 'NO BLOOD' laaa
Aqila : ......................... Erk ?
Yuga : Ya la . Awak tanya 'TADA DARAh' kan . No blood laa ..
Aqila : Hahahahaha

Apa lagi , aku dengan kawan-kawan y lain gelak-gelak lah kann sampai nangis-nangis je semua . Hahaha , nak buat macam mana , itu loghat dia . Hahaha

Friday, July 10, 2009

TAK FAHAM atau TAK DENGAR ?

Kejadian paranormal ini benar-benar terjadi pada cik Saira kita . Mari kita ikuti ceritanya .

P. Nazlah : Okayy , latihan ni buat dalam Math 3 ye .
(selepas 3 minit)
Sai : Yuvarani nak M3
Yuvarani : Apa dia Syaira ?
Sai : Nak M3
Yuvarani : Haa ? (muka blurr)
Sai : Nak M3 laa ..
Yuvarani : Apa awak cakap ni Syaira . Saya ta fahamlaaa ... (muka nak nangis sikit)
Sai : Hahahaha

So , korang rasa dia ni TAK FAHAM atau TAK DENGAR ?

Monday, June 1, 2009

NIGHTATTHEMUSEUM2


ive watched this movie today and it was really really really funny plus great plus sooo great great haha . i suggest u all to watch this movie and im sure u all will go out from the cinema with very very big smile and also laugh :D the begining of the story was a little boring but when the war begin to start , it was really funny . im really happy today because of the movie hugahuga

FRIENDS

7 + 2 - 1 - 1/2 = 7 1/2

OMG !

ahhhhhhh tidaaaakkk ak dah memang tak sabar gila nak tengok NEW MOON . lagi-lagi bila poster dia dah keluar ni haaaaa . EDWARD is sooooo handsome and also the werewolve JACOB huhohiha









^_^



My Latest Image

hugahuga

Saturday, April 25, 2009

BYE BYE

she's back .

Wednesday, April 22, 2009

Twiggies Yummy

i tk online sejak berabad y lalu disebabkan PC i y sudah seminggu nazak kembali mati . kini si kakak long round round Indonesia meninggalkan laptop nya di rumahku surgaku selama beberapa hari . i suka ini keadaan bye

Friday, April 3, 2009

Rumput Kuning


haissh makin suka sama laki laki ini la muah muah

Thursday, April 2, 2009

LAMA

lama tk online .
lama tk update blog .
lama tk bukak blog kawan-kawan .
lama tk upload photo baru .
lama tk tangkap gambar dengan kawan-kawan .
lama tk hangout .
lama tk bau pizza hut .
lama dah muka aku gelap cenggini .
lama tk jumpa Muhammad haha dengan anak pakcik Dol Malek sekali :D

Monday, March 16, 2009

Si Yu Ti Ai = CUTI

hehehe ini dh best ni . cuti . hari yg dtunggu tunggu stlh 2 bulan lebih perah otak & keringat , akhirnye tiba . dan paling menariknye ak awayy ke Pahang huhu . tp 4 org je yg pegi . mak , abah , ali n aku . haish . klaw ada si ROSHLA kn best . boleh rasa nikmat 'cuci mata' dgn lebih mndalam lg . ini klaw dgn ali , mcm tkde perasaan lgsung . mcm ckp dgn kayu . feel pun sorang sorang je . mana tknye . dye tgk y sebaya je . ak kn tgk yg tua tua sikit ala ala abg abg kaaaannn . haish .

sekarang ni ak berharap sgt time cuti kt Pahang ni , ak dpt

nikmat kerehatan
nikmat 'pemandangan' y 'cantik cantik' belaka dan ramai
nikmat makanan
nikmat ke-enjoy-an

klaw boleh nk y baru la lelaki . sbb y lama tu mcm dh ada gopren je . susah tu . karang terluka pulak i an haha . so harap ketemu la y baru di Pahang ni . biar senonoh sikit .

yea . ak pegi ni tk lama pun 3 hari 2 mlm je . from 17 till 19 Mac . and pling penting y ak harapkn ialah TV kt hotel tu adela tv3 n 8tv . n clearla . juga tkde LIPAS . klaw ada ya allah mmg ak tk tidur la 2 mlm tu . mmg percutian paling teruk ak pegi klaw ada lipas ni . so to shla , anisa , fatin , sai , min , wani , ftmh , elza & sume kwn2 ak HAPPY HOLIDAY ye cik akak semua hee :)

Monday, March 9, 2009

Beautiful








berbaldi baldi air mata aku tengok cite ni hri Senin , 09 Mac 2009 , yakni time episod ke 46 >.<

Upin Ipin

haha sbnrnye mls nk tlis psl cite ni . tp bila tgk fatin dh tulis & terbaca sekali mmg naik balik smgt . mmg best weyyy tk kering gusi u know . haha . klaw fatin lawaknye time si Sally tukar suara , aku yg lawaknye time

Tok Dalang :
"haa sini atuk tnjukkn tapak kaki hantu durian tu"

Pembaca Berita :
"mana ?"

Tok Dalang :
"eh ? td ada kt sini . mana ek ?"
(smbil mencari cari di tanah mnggunakan lampu suluh)
"haaa ni diaa "

mmg pelik arh bentuk tapak kaki tu sbb jari telunjuk dye lebih panjang dr yg lain lain . tapiii ...

Pembaca Berita :
"eh ? ni bukan tapak kaki atuk ke ? "
(sambil suluh kt kaki Tok Dalang)

Tok Dalang :
"eh ? haahla . hehehe"

mmg aku ngn Ali gelak gila gila ar time tu . satu panggung gelak . tk boleh thn oh . cite dye mmg best plus kelakar . korg g la tgk sementara masih ada


cewaahh = ; =


HELP ME , please ?

wey aku tk reti edit blog . sape boleh tlg cek ? tkde upah na . memerlukan keikhlasan dr hati & boleh dipercayai . sini tkdenye temuduga . inform terus kt aku nnti kita deal . k bye

Friday, March 6, 2009

punah ranah berkecai kecai hati aku

weyy kau ,
yg bernama Q ,
kenapa senyum kt kawan kawan aku je ?
kenapa tk senyum kt aku ?
orang kata ,
kau malu nk senyum kt aku ,
betul ke ?
klaw betul ,
aku tk payah susah susah hati lagi ,
baik kau mntk no akucepat ,
nnti aku disambar I baru tau ,
meraung karang ,
siapa yg susah ,
huh~

Monday, March 2, 2009

Sukan Day

sabtu . 28 Feb 09 . stadium mini upm . kawad KRS . baju besar . muka belang . happy . "cuci mata" shje kerja hehuhehu . cuaca suam-suam suku . penat . menang . huga huga :D
weeeeeeeeeeuuuuooooo

kadet ali , kadet sai , kadet kai ;)

tggu mak tk smpi-smpi

ketiak masam masam manis

KRS

misai kucing :)

aku hemsem


wey wey KRS dpt no dueeeee heee ;))

Friday, February 27, 2009

Tiada Lagi juga No More

tkde dah muka-muka suci cenggini

Sunday, February 22, 2009

mulai esok aku ,

akan gelap ,

muka pun belang-belang ,

peminat pun kurang .

mulai esok aku ,

akan busy ,

penat ,

busuk ,

juga masam ,

sebab berlatih kawad .

mulai esok aku ,

akan tension ,

dan semakin tension ,

sampai rambut beruban .

Friday, February 20, 2009

kepelatan muhd haziq saleh 2

cerita ini bukanlah tentang haziq , tapi pasal classmate ak yg bernama T. Yuvarani . skodeng nama pun dh tau dye ni indi-a kn . so itu prkara wjib bg mereka yg brbangsa selain melayu utk berpelat . then , tibalah satu hari yg tlh mybbkn aku dgn sai sakit perut yg ter-hyper smpi berlinangan air mata lg tu . hahaha . wktu tu baru dpt kertas ujian intervensi BM then cikgu pun bagila tau jwpn itu jwpn ini . bila dh habis bincang tu ak dgn sai nk tgkla kertas yuvarani si tocang dua ni . mula-mula pge 1 ok . tiba di pge 2 , ak mula tertanya-tanya

"ape yg si yuvarani ni tulis ? hangin ?"

haha . sepatutnye "hangit" . dye tersalah dengar agaknye , kata hati aku . yg tu ok lg . ak gelak sikit-sikit dgn sai . yg lg satu ni paling tak tahan . ni sai la ni punye psl . ak tanak gelak tp dye pegi buat muka nk tergelak belakang tandas . mula-mula sai bacala

"pasangan mempelai itu memakai pakaian yg ......(berhenti seketika) "
(sambil pndg muka aku dgn dahi berkerut serta suara melambangkan kekeliruan)
"SEJONJOL ?"

apa lagi aku dgn sai gelak gila kuat la . air mata tu lg la berlinang kalah time clash dgn boipren . haha . smpila hbis masa BM tu ktorg gelak . si yuvarani pulak asek kata

"aiyoo aqila , sudala tu . janganla gelak lg ."
(smbil tersipu-sipu malu)

hahaha soryla yuvarani . yg awak pegi tulis sejonjol tu kenapa ? sedondon la .


attention please

QA

bukan QAYYUM okay !

Monday, February 16, 2009

MAK AKU KATA

"huh , rambut bakul"
hahaha

PENG-ALAMIAN MINGGU INI aka GOSIP HANGAT


1. Hey u jerk ! How can U fall in love with many girl at one time huh ?

2. Kau dah tau dye buat cmtu kt A , awat hang pi kapel ngn dia oii M ?

3. Kau pulak B , dh dpt yg comelote nak lg ramai-ramai . Bangang . Tkpelah , adil la tu kan S ? haha ;D

Saturday, February 14, 2009

wahai minggu ke-6 sekolah

argh ! penat gila this week an . tk pernah-pernah ak rasa sekolah penat semacam mcm skrg ni . tension . dhla ada test an mggu ni . bwt terkejut-terkejut pulak tu . dah tu ada test bg pulak hmework yg 'lebih hangat drpd biasa' . cikgu-cikgu . paling memememenyakitkan hati bila ak dpt kad merah ! nk tau tak sbb apa anak-anak ? sbb AKU LETAK BAJU DALAM SURAU ! ade ke patut . then makcik tu kata "sye dh ckp berulang-ulang kali dh jgn ltk baju dlm surau . kamu ni degilla . kn dh dpt 10 mata penalti" padahal bila ak tnye org lain tkde sorg pun tau tk boleh ltk baju dlm surau . bila org ckp taktau pulak tk boleh , boleh lg ckp "tanyela org lain" oit , ustzh tkde pun larang la makcik oii . wktu assmbly tkde pun mkcik ckp . klaw dpt 2 mata penalti tu bolehla tahan an tkdela ak marah , ini 10 babe ! sape tk angin an ! isshhh . jibekla mung . suka sgt buli student dgn kuasa kau tu !


act. that mkcik word not exactly auntie cleaner or what tp the guru disiplin of SMKSS .

Monday, February 9, 2009

kepelatan muhd haziq saleh

walaupun haziq sudah berusia 7 tahun , namun kepelatannye semakin hari semakin menjadi-jadi


menuruk-menyorok
felefon-telefon
quwinses-princess
wikisan-lukisan
wikimaus-mickey mouse
kak Aria-kak Alia


haha . syukur alhamdulillah dye masih pndai menyebut nama aku . tp , pling tk tahan bila dye tanya

"kak aria , berape no felefon kak aria ek ? haziq nk tulisla . nnti haziq nk felefon kak aria ke"

hahahahhaa . gelak tk terkata aku ;D

Sunday, February 8, 2009

New News

tuan punye blog baru memdapatkan tahu bahawe DVD Twilight febretnye akan keluar 21 mac ini . hihihi :)) tersuka sebentar ........................................

sudah-sudah

dan tuan punye blog ini juge ada mengatakan bahawe dia ingin menabung mulai sekarang . so , good luck . no more-no more magazine yg ada kaitan ape-ape dgn Edward Cullen ke , Twilight ke . erm , tp klaw ada duit lebih sikit boleh beli la kan ? tak salah-tak salah . bye .

Books

goodbye New Moon
hello 'buku sekolah'










*what a sedih confession i've made ;'(

Monday, February 2, 2009

Tragis

kira-kira pd pukul 1 pg , ak , shla & alia sdg packing utk hri esok . ye esok sekolah kan . shla packing sbb nak balik johor . then , ak ternampakla sebuah makhluk yg paling ak benci di muka Bumi ni . & makhluk itu adalah LIPAS . iye , LIPAS . korg tk geli kt lipas ? waah , im impressed . haha . tp lipas ni lain dr yg lain , di mana ak pggl ia sbgi "LIPAS LIAR" . mangsanye merupakan manusia ! ye ! percayalah x) mari kita terjah kronologi kisah Tragis ini .

*tempat first makhluk ni landing . tinggikan dye landing ? memang gila . ini merupakan entrance utk ke dapur rumahku .

*then , igtkn lipas tu ok-ok la kan . duduk diam tk kacau org . tp , time ak kt atas tgh edit tmpt tido shla pggl-pggl . suruh bwk turun spray ridsect . ak pun dgn tk berapa takut turun selangkah demi selangkah smbil bertanya "mane lipas tu ?" kendian ali mmreply "kau turun laju-laju" . (tknk takutkan ak) ak pun tnye balik "mane lipas tu ?!" kendian ali reply lgi sekali "tu kt sebelah kau tu , kt blkg frame gmbr" haha ye pasti korg tau ape yg ak lakukan . Jumper Jibek Buruk yeah ! pstu , mak turun nk tgk ape yg berlaku di tingkat bwh rumah shgga mnyebabkan anak-anak daranye menjadi tk tentu arah bagai ibu kucing khlgn anaknye . tnpa membuang masa ak pun suruh mak amek lipas tu . while mak nak amek tuu , lipas tu dgn helahnye melarikan diri dgn rakus ke bwh tangga .

*ini merupakan tempat terakhir lipas tu landing sblum dibunuh oleh shla selaku ketua Powerpuff Girls pd hari itu dgn mnggunakan Spray Ridsect . haha .

*di tempat inilah kali terakhir kami melihat lipas itu dengan langkah penuh longlai bagai hilang arah . kendian kami tk nmpk lg kelibat Lipas durjana itu :)

*cuba kau bygkan 3 beradik berhimpit-himpit smbil menjerit-jerit kerna ingin melarikan diri dr lipas tu di atas kerusi ini . iye , inilah yg dinamai "tempat kejadian" .

*buku-buku milik ali salim habis bertaburan di atas kerusi .

*yeah i know , messy right . kami agak kelam kabut masa tu . so ape yg mengganggu pelarian kami akan kami hempas , tolak juga langgar sesuka hati even ianye kepala org .

*inilah dye tmpt kejadian where alia meraung sekuat hati bagai dirasuk hantu pocong . ke bungkus . ermm tk kira hantu ape tp yg psti "bagaikan dirasuk" ! ak amat psti dgn keadaan ini sbb ak duduk di sblhnye . dlm ketakutan ak sempat tergelak-gelak bila fikir "knp ali nangis teruk sgt ?" haha part ni mmg tk boleh lupa .
_________________________________________________________________________________

bila si lipas mulai senyap , kami mngmbil peluang emas ini utk brtindak . spt ak , sorg yg penggeli juga selfish terlebih dahulu melarikan diri naik ke atas & terus tergelak-gelak . as for alia , still crying haha . and shla ,
mengawal kawasan kejadian .
_________________________________________________________________________________

slps beberapa minit sedar dr trauma , ak mmbawa turun senjata pmbunuhan utk dikasi ke shla . shla dgn takut-takutnye menggari ak di tgnnye terus membunuh lipas tu tanpa belas kasihan mahupun belaian kasih sayang .
__________________________________________________________________________________

setelah reda , kami bersiap-siap utk naik atas & mengemas tmpt kejadian spy esok pg tak dileter oleh madam izan . smbil tergelak-gelak tula ktorg buat kerja .
__________________________________________________________________________________

bila dh naik atas , nak tdur , bru shla trigt "mana henset akak ek ?" kami pun mula mncari di merata tmpt . call-call tk dpt . entah mcmana ak tergerak nk tgk bwh meja , terjumpa . cuba korg bygkan , henset tu dr ats kerusi tiba-tiba ada kt bwh meja tgh-tgh smbil terbuka(fon bukak tutup) mesti teruk kan gelagat ktorg time nak larikan diri hanye dr sebuah LIPAS ? tututututut .

tak sangka ak last day cuti boleh jd macam ni . memang tragis .