Monday, August 31, 2009

AKU TAHU AKU BELAGAKK



Itu adalah saya di dalam gambar pertama ketika bertingkatan 1 . Muka aku sememangnya macam Dayang Senandung kat slot Lagenda time itu . Jadi baik di-sensod-kan daripada terbiar bukan ?

Thursday, August 27, 2009

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Aku sedar sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah , aku makin berubah . Lebih-lebih lagi dari segi warna . Namun tak pernah seorang pun yang menegur aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan . Until a boy came to me and said


"Kak Qila-kak Qila . Dulu kan , Haziq tengok kak Qila ni kaler coklat pekat . Sekarang dah coklat cair dah laa hehe "


The one and only paling sopan dollllll . Pernah jumpa budak macam ni ka ?

Wednesday, August 19, 2009

NUR FATIN AFIQAH a/p AZMIRUDDIN

Happy Birthday yg ke 23 . Moga kau cepat besar agar kau jadi lagi tua dari aku hahahaha and sorry lambat wish :)

FEVER RIVER

Cewaaahh title post aku bagai nak rak . FIVER RIVER bhaiii .

Boring betul duduk rumah . Tak tahu nak buat apa . Nak makan takde selera . Nak minum pun , kena minum 100 plus je sebab kalau minum air masak tak sedap . Rasa pahit , rasa ubat demam yang kena makan 4 kali sehari tuu . Wekk

"Kalau 3 hari lagi demam ni tak baik-baik , datang sini balik ye" kata Dr. Rasmani .

Gerun gila bila dengar si doktor cakap camtu . Yela , aku demam dahla tinggi , batuk pulak tu , nasib baik tak selsema kalau takk memang jadi suspek H1N1 laaa jawabnye . Tapi alhamdulillah sebab lepas makan ubat semalam dah rasa okay sikit . Dah boleh solat tak terhuyung-hayang . Takdela rasa macam nak baring je .

Tapi yang paling kesiannya , si Sai la . Dia dah terjangkit dgn aku . Dia batuk gila teruk ahh . Lagi teruk dari aku kot . I hope she'll be okay . Sorry ye Sai :)

Yang si kawan-kawan pulak agak tak guna .

"Wey Qila , kalau kau nak datang sekolah kau kena pakai mask ek . Kalau tak nak pakai jangan datang"

Haha bangang .

Sekarang pukul 1222 . Kena makan ubat pahit tuu lagi . Rasa macam tak nak makan , tapi nak sihat punye pasal terpaksala telankan je . Huh~

Sunday, August 16, 2009

PPOLLLARRROOID


serious comel gilaaaaaa . aku dah gila bayang dah ni . bagi sesiapa yg rasa bersalah sebab tak bagi hadiah kat aku , bagi kamera ni pun dah cukup baik hehe :)

Friday, August 14, 2009

OMG !

Oh God , dah nak pengsan dah ni . Cepat-cepat angkat . Bertahan oiii

a pack of wolf of New Moon

NAMA GLAMOUR I DULU-DULU .........


Jangan salah sangka . Nama glamour aku semestinya bukan KAMBING . Tapi berkait rapat dengan kisah seekor kambing .

Begini ceritanya . Dulu dekat kelas 5 ke 6 UPM tah ada satu sudut bacaan . Dekat sudut bacaan tu ada disediakan lauk pauk untuk dimakan . Taklah aku tipu . Dekat sudut bacaan tu ada laa terhidang buku-buku dan majalah-majalah lama .

Dalam banyak-banyak buku kat situ , ada laa satu buku pasal sekor kambing . Aku tak pasti ceritanya macam mana . Yang aku tahu dia cite pasal kambing ni hitam . I mean saaaaaangat hitam . Dan berkilat . Disebabkan badannya yg berkilat tuu , dia dpanggil si KILAT .

Dan tidak semena-menanye , nama aku ditukarkan menjadi nama kambing itu . Tidak-tidak . Bukan sebab aku ni hitam dan berkilat ; amboi korang aku taula aku tak putih kann hmm ! Ianya ditukarkan dari nama yg sungguh syahdu lagi sedap didengar , Aqila , ke nama yg sama dengan seekor kambing , KILAT kerana sebutannya agak sama dengan nama aku .

Begitu malang nasibku ini sampai kat taman aku ni pun ada orang panggil aku KILAT . Sungguh terbawa-bawa .

Tapi , nama aku yg paling glamourous sekali ialah SALEM .

Goodbye .

TAGGED FROM MIN GENDUT

Upload a picture of you in a position that you hated the most :

hate this picture but kinda like the boy at the back muahahaha

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :

1. qila
2. ding (its act "keding")
3. ila (sai bangang)
4. qala

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :

1. 21 July
2. 21 Nov
3. 20 Nov
4. -

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :

1. baca blog anisa
2. carik blog yasmin
3. tengok tv
4. makan

FOUR WAYS TO BE HAPPY :

1. makang la kawang oii
2. kacau tocang yuvarani(dia takkan melawan . sewonokk betul)
3. gelak-gelak dengan kawang-kawang
4. berangan

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :

1. the mossssttttttt is Anisa and Fatin or Fatin and Anisa
(karang Fatin merajuk pulak kalo aku letak nama Anisa dulu)
2. my schoolmates and classmates in SKTU & SRATUI
3. ex lama si Amirul hahaha (terindu pulak)
4. ex-ustaz M dan F

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :

1. moneyyyyyyyyyyyyy
2. semua series buku Twilight :)
3. kereta sebijik , kalo tak keberatan Nissan Latio pun jadilah
4. Kamera

FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :

1. cuci mata kiri dan kanan
2. makan
3. gelak
4. tengok tv / youtube / clip video

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :

1. tempat shooting twilight (time diorang tengah shooting)
2. over
3. sea
4. sssss

FOUR FAVOURITE DRINKS :

1. mineral water
2. soya season aghhh
3. carrot milk
4. air yang boleh diminum

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :

1. purssssse of course gila kau tak bawak
2. camera
3. tisu
4. tisu yang telah diguna tadi atau semalam atau kelmarin

FOUR FAVOURITE COLOURS :

1. biru turqoise
2. violet
3. hijauu
4. kelabu

TOP FOUR HANGOUTS :

1. Midvalley Megamall
2. Mines
3. Alamanda , Jusco
4. and Putrajaya

TOP FOUR YOU LOVE SO MUCH :

1. ALLAH SWT & Nabi Muhammad SAW
2. mak , abah , kakak , dan abang ; kira family laa
3. friends of courseeee
4. my sepupu , anak sedara dan rakan sekelas :)

TOP FOUR 'THINGS' SPECIAL TO YOU :

1. tak
2. paham
3. la
4. maaf

TOP FOUR WHO YOU WILL TAGGED :

1. su
2. ka
3. ha
4. ti

Friday, August 7, 2009

INI BENAR ! BUKAN AKU YANG SALAH !

Hari Ahad haritu aku keluar pergi yang flora-flora kat Putrajaya tu . Aku pergi agak awal tapi takdela awal mana pun , dalam pukul 9 lebih bertolak . Dan kebetulan pula pada hari yang aku pergi tu ada perasmian pembukaan agaknye .


Malas nak cite panjang lebar , lepas aku naik hot air balloon yang memang menakutkan , aku terasa bagai sangat sungguh dan amat tidak tahan nak buang air kecil . Jadi , kitorang adik beradik carikla tandas guna map yang diorang bagi .


Bila dah jumpa tandas , aku dapati tandasnye sangatlah pelik . Ye , maybe aku ni jakun tak pernah tengok tandas sebegitu rupa , ianya merupakan tandas bergerak yang mempunyai troli dan agak kecil sekali . Ada 4 kesemuanya di bawah 1 khemah tertutup . 2 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan .


Aku pun berhitung-hitung nak masuk tandas yang mana satu . So aku pilih yang paling tepi sekali .


Dan sebaik sahaja pintu itu dibuka dalam 1/3 lebarnya , aku dapati ADA SEORANG LELAKI BERPAKAIAN BATIK KUNING EMAS-EMAS DI DALAMNYA SEDANG MEMAKAI SELUAR ! . Sungguh tidak aku jangka perkara ni akan terjadi dalam hayat aku yang masih belum mengenal erti hidup .


Dengan penuh kejutan , aku terus berlari sambil membawa kakak-kakak aku dan adik aku lari dari situ sambil menjerit-jerit dalam nada sederhana "ADA ORANG KAT DALAM ! ADA ORANG KAT DALAM !" .


Kami membuka langkah seribu cuba lari sejauh yang kami mampu sambil tergelak-gelak tanpa menghiraukan orang sekeliling yang makin pelik melihat gelagat kami . Aku bukan apa , aku takut orang tu cam muka aku ni ha . Tak pasal-pasal aku kena saman sebab 'menghendap' walhal aku bukan orang yang jenis begitu .


Tapi , seriously bukan salah aku sebab

1) Pakcik tu yang tak kunci pintu siapa yang suruh
2) Kenapa dia masuk tandas perempuan padahal dia tu LELAKI


Ingin aku terangkan di sini bahawa AKU TAK BERSALAH dan ...... aku tak nampak apa-apa okay . Mata aku masih lagi suci . Bye