Tuesday, December 13, 2011

HMM

Sorry belog. Saya curang dengan awak kejap. Twitter ni menggoda sangat lah.

Monday, December 5, 2011

TERLANJUR @ TERBUAT

https://twitter.com/?lang=en&logged_out=1#!/Aqilamon

Thursday, December 1, 2011

YEIIIIIIIII

Ok SPM dah habis. Now nak redeem balik semua masa tidur, masa bermain, masa tengok tv, masa detim aku yang tertunggak selama 3 minggu ni. K baiii

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU BAHAM GARUDA


Pergh nasib baik hari Selasa takde paper. Berbaloi gitew tengok Malaysia lwn Indonesia hihi I am so proud of u Harimau Muda! Nah mwah sikit! :p


kiyut gilaaa Nazmi! dah lah 17!



untuk dia mwah banyak sikit hahaha


P/S: Dengar cite ade orang suruh Tony Fernandes buat kapal terbang Air Asia ade lambang Harimau Muda kalo Malaysia menang ehem

Sunday, November 13, 2011

SPM QUICKIE

In 9 hours 30 min, I'm going to sit for SPM. Do forgive all my wrongdoings ye? And don't forget to wish me luck! Bak kata pujangga 'Ingat daku dalam doamu' err I am sooo cuak right now! Bai bai

Saturday, October 29, 2011

APE DAH JADI NI BABY?

From this


and this


and this


to this?!!!

Friday, October 28, 2011

GRADUATION DAY

Caution: This is going to be a long post with puluhan pictures of me being crazy and omey friends

Pagi tu kite bangun lambat. Kite target nak bangun awal so bolehlah nak adjust-adjust apape yang tak betol tapi memang harapan. Dahle tak try apape! Main pakai je pastu terus pergi dengan Abah. Sampai je sekolah terus pegi kat gate belakang and I was like woaaaaah lawa gile gegirl-gegirl I :o Lepastu semua pakai heels pergh kite sorang je pakai flat -.-


Then about 7.30 a.m gitew semua kena gerak naik bas. Ok bas 1 & 2 takde air-cond! Menci gilew oh bas Meen boleh pulak ade air-cond?! Tapi takpe kami redha. Sampai je kat Bukit Jalil Golf & Country Club semua dah teruja gila. Tapi tak sempat lah pulak nak tangkap gambar kitorang muka teruja sebab dok busy carik no meja. Alhamdulillah satu meja dengan Sera hihi


ni nak tutup panau semenanye heh



sedih aku tengok cadar kerusi bas lah

Our meja's position is the best okay! Dapat kat tepi sekali(tempat budak-budak dah amek sijil lalu-lalang) and tak belakang sangat. Jiran sebelah pun semua rapat-rapat which is Elza's gang. Kitorang duduk tak lama sebab tetibe cikgu suruh kitorang keluar pi prepare amek sijil o.o Taktau lah pulak seawal gitew turn kitorang. Memang gerun gile aaa but I hope my gambar was taken perfectly ya Amalia!


tertangkap gambar Meen :3

Dah amek sijil masuk balik dalam dewan and kat screen ade tunjuk gambar-gambar budak form 5. Lawak gile gambar kite dengan Sera hahaha nasib baik takde gambar yang melekat kat dinding tew mwahaha. After that baaaarulah dapat makan! Semua orang muka kebulur bebeno kite cakap sama awak. Makanan dia halamak sedap gilaaaa


Dok sibuk makan-makan tew tetibe Pn. Rafidah buat announcement kata kejap lagi ade performance dari kelas 5 Mulia & kitorang kena prepare sekarang. Muka kitorang dah macam ni






inilah lagu yang kitorang nyanyi; Gemilang & Pelajar Seperti Kami

Maaaalu gile kot tapi takpe. Lepas ni dah tak boleh nyanyi dah depan dorang :'( Lepas dah nyanyi tu terus meluru keluar dewan terus gelak-gelak terus marah Umi sebab nyanyi laju sangat terus kesian kat Amer sebab terpaksa main gitar lelaju terus puji kite sebab nyanyi sedap sangat erk TAK. Memang duduk luar je laah kitorang sebab malu punye pasal.


Setelah sekian lama baru masuk balik dewan. Makanan tadi semua dah lupe sebab eksaited sangat. Usha itu usha ini. Camewhore sana camewhore sini. Jakun tengok lampu chandelier padahal kat Maulana pon ade ye tak? :3


eh tertangkap pulaks



tido, belagak dengan hamper orang lain, photoshoot cover album

Pastu rasa bosan keluar balik. Pi tangkap gambar lagi. LAGI. Nampak ade background putih teringat gambar pasport untuk SPM tak amek lagi so pi tangkap gambar pasport jap ngehehe


lawa nyah!



dari kiri: uma, me, sera, umi



ni aaa gambar pasportnye hihihi



kau gile aku nak buat gambar pasport SPM macam tadi?!

About 2.15 p.m gitew Pn. Rafidah bagi masa kat kitorang untuk tangkap gambar sebanyak-banyaknye. Ape lagi?! Dengan semua orang kitorang tangkap gambar. Dah macam takde hari esok pulaks. Tapi sayang sekali sebab tak dapat tangkap gambar dengan the whole classmates. Chineese ghaib pi mane entah. Yang ade Melayu je laaah huwaaa


5 Mulianians

Keluar je dewan terosssssssss


macam baru balik clubbing



semua pon kite sapu hahaha



yang ni pon sapu jugak hihi

Balik dalam 2.30 p.m dalam keadaan yang sangat mengerikan sebab muka berminyak. Takpe tahun depan manade lagi macam ni :')


Sunday, October 23, 2011

40 HOURS ALREADY

GRADUATION DAY DAH HABIS TAPI MASIH TERSENYUM LAGI SAMPAI SEKARANG :)

Sunday, October 9, 2011

JANGAN MAIN-MAIN


Bukan kite je yang ade Tutti Frutti. Sugar Glider pon ade tawwww :d

Friday, October 7, 2011

ALIA

Good luck for your Peilaian Menengah Rendah


P/S: Kau tak nanges kan aku wish lambat?

IT'S TOO LATE

Sedihnyaaaa sebab dah lame tak update my belog! Kinda busy with something. Something yang pasti bukanlah buku. Juga bukan homework. Manade homework daaaah sekarang ni. Dah macam akhir tahun dah aku rasa. Dengan datang sekolah beg ringan ape semua hahahaha

Last 17, I went to Kangar, Perlis. Sebenarnya taknak pergi pon sebab the main reason to go there is to celebrating my mom's friend's wedding eh bukan my mom's wedding haha but tetibe mak cakap nak singgah Padang Besar before balik. Gosssssh I loveeeee Padang Besar ok! Memang terus semua ikut hihihi


pegi bawa purse tebal, balik purse hancur terus


Result trial? Tak payah cerita aaaa boleh jadi gila rasanye kalo cerita. Tapi, the best part is I only have 1 subject that I failed and of course laaah subjek tu tak lain tak bukan Add Math kan tehee tak bangga tak bangga

That's all for todaaaay. Actually, yang title post tu sebab nak wish kat diri sendiri 'Happy Last Day of Trial' tapi tak online?! Dahle dah siap tangkap gambo slip trial I pulak tew grr

Thursday, September 22, 2011

PWEAAASE?

BOLEH TAK TOLONG KACAU ORANG LAIN?

Friday, September 16, 2011

ARGGGH




IM FB SANGAT SIYUT. KITE DAHLE TENGAH RINDU-RINDU NI HMM

P/S: Who is 'Guest'?

Tuesday, September 6, 2011

HAI TRIAL APA KHABAR?


Assalamualaikum! Inilah pemandangan kedudukan saya di dalam kelas sewaktu menduduki peperiksaan percubaan SPM. Pandang kanan sikit*tak perlu 90 darjah*sudah boleh nampak cikgu. Tapi Wani kata tempat aku tu tempat A+. Amin -..-


Ini pulak pemandangan time Mid-Year Exam haritu. Dahlah strategik, boleh posing-posing maut tangkap gambar lagi hmm redha je lah

P/S: Wish me luck bebeh!

RASANYE TAK TERLAMBAT LAGI KOT

Nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin :)

Saturday, August 20, 2011

KEHILANGAN

Hmm saya rasa kehilangan sangat. Bukan nak emo atau ape tapi hmm taktau nak cakap camne. Penat saya pertahankan hubungan kita selama 8 bulan ni tapi awak hilang macam tu aje. Secara mendadak kot sape tak sedih sape tak gewam sape tak tension.

Ape awak nak semua saya bagi. Awak berbunyi, saya melayan. Awak tak berbunyi pon saya melayan jugak. Itu semua untuk kepentingan kita bersama. Hmm sedihnyaaa :( Saya taknak lah jadi macam ni wey



Ive lose my weight. Bukan se-kg. TAPI 4 KG! Argggggggh bye-nak-makan

Friday, August 19, 2011

Monday, August 8, 2011

DILEMA

Now playing-Diam-diam jatuh cinta by Ramlah Ram


Nak buat ke taknak? Nak bagi ke taknak? Kenapa lagu Ramlah Ram pulakkkk

Saturday, August 6, 2011

ASSALAMUALAIKUM

Sorry baby-baby semua. Itew busy cangat-cangat. Post untuk birthday sendiri pon tak buat. Birthday Shahz Jaszle pon sama hmm bukan busy apepon bulan puasa ni, busy tidur je lah. Kalau tak puasa(ABC), baru lah busy study. KOT. Sebab belum kena lagi. Harap-harap tak kena langsung bulan ni, tak payah nak kena ganti-ganti hihi tapi kalau tak kena, nanti tak study pulak. EH?!! Alasan alasan -.-

Oh ye sebelum terlupe, nah amekkawww

SELAMAT BERPUASA!

Tuesday, July 26, 2011

17th July 2011


Pada suatu petang yang indah, dua orang puteri yang bernama Shlawa sebagai kakak dan Aqilawa sebagai adik yang comel pergi membeli belah ke Jucso Cheras Selatan.


Tujuan dua puteri itu pergi ke sana adalah untuk membeli kasut sekolah di Bata. Ya, memang dah bulan 7 dah sekarang ni tapi si Aqilawa yang comel itu sangat ngengade nak beli jugak.


Setelah selesai menunaikan hajat di Jusco, kedua orang puteri itu pon pulang ke rumah dengan cepat kerana hari sudah lewat dan jalan sudah sesak dan mereka sudah dapat membayangkan muka ayahanda mereka sedang murka di rumah. Tiba-tiba sewaktu berada di jambatan(atas Komuter Serdang), sebuah Perodua Kenari telah melanggar mereka dengan kuat(lah sangat)


Kedua orang puteri itu pon memberhentikan kereta mereka untuk melihat apa yang telah terjadi. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, mereka keluar dari kereta sambil bercekak pinggang tanda marah kerana kemalangan itu salah Kenari dan bumper kereta puteri Shlawa itu dah nak tercabut dengan lampu yang pecah dan sensor yg tercabut sudah!


Tiba-tiba keluarlah seorang pemuda yang amat mirip dengan Bruno Mars dari Kenari itu. Dua-dua terus cayerrrr dan mereka pon dikahwinkan dan hidup bahagia selamanya.

Ok mengarut. Dua orang puteri itu pon discuss-discusslah dengan abang Bruno Mars tu pasal repair kereta report polis ape semua. So, rasa lega lah sikit tapi balik rumah ngadu accident teros kena marah huwaa what a sad ending kan? Bye

Tuesday, July 19, 2011

MASUK YOUTUBE?!



Kena denda sebab salah buat kesimpulan huwaaa(malu)

Wednesday, July 13, 2011

ALHAMDULILLAH

"Maaf! 940721******, anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012"


*ni muka bersyukur*


Salam kesian kepada Fatin, Pares, Bida, Qoy, Mira(Zuraini), Wani dan sesiapa yang taknak tapi dapat :o

P/S: Manadew kite awesome ah Teyha hik hik

Tuesday, July 12, 2011

KAWAN JE

Betul kata Yasmin

Monday, July 11, 2011

BILA PUASA






  • Suka google makanan
  • Bila dah google, mesti bajet semua makanan yang di-google boleh dihabiskan
  • Suka kurangkan pahala puasa
  • Masa berjalan lambat
  • Buat-buat letih sangat padahal bila buka nanti minum air 2 gelas je dah ok

P/S: 'Ter'post awal pulak pasal puasa sedangkan bulan 8 baru start puasa(eh?). Saje nak isi masa lapang nak tunggu azan huwaaa

BISMILLAHIRAHMANIROHIM

PLKN SEMAK 940721-**-****

*tekan button send*

15888



Wuu takutnye. Penantian itu memang satu penyiksaan.

Sunday, July 3, 2011

BUSY


Alolo tengok tu Kiki mewajuk sebab dah lame tak layan dia. Tengok tangan tengok tangan hahaha

Saturday, July 2, 2011

BYE MI

S:"Weh korang free tak harini?"

Q:"Taktau lagi awat?"

S:"Jom makan sama! Aku belanja hehe"

Q:"JOMMMMMMMM!"


Siapa yang nak tolak kalo perkataan bold tu diucapkan? Siapa? Siapa? Ok sebenarnya aku terima pelawaan dia bukan sebab tu je. Itu no dua punye sebab hehehe tapi sebab utamanya ialah this week is his last week with us yakni aku dan Sera. 4th July ni dia dah nak sambung study kat Penang so minggu ni je lah kitorang nak meronggeng sama-sama hmm


Diriku tahu gambar diriku semuanya ceria, teruja dan bergigi. Patutnye buat muka sedih lah kan sebab last day. Manalah tau dah keluar kolej nanti terus lupa kitorang ke. MANALAH TAU. Tapi nak buat macam mana, dah rupaku kalo senyum memang hyperceria kan. Paling tak ceria punye ekspresi pon mungkin bila senyum tak bergigi urm

So, Syahmi Rifdy. Good luck ok! Makan sebanyak yang mungkin biar gemok. Jangan delete video aku dengan Sera tu. Berharga tu hahahaha balik sini mesti bawak awek keliling pinggang. Takpe! Aku tak marah hahaha jangan malas and jangan lupe kitowang tau wuu bye Mi. We love yaaaa(geli)

Wednesday, June 29, 2011

KAU NAK SPM AQILAAAA


Ade yang tengah tu yang tak tahan tu hihihi ♥

Monday, June 20, 2011

T.T

Dari mula lagi dah tau mesti jadi macam ni. So, deal with it Aqila! By hook or by crook! Good luck to myself! Hmm

P/S: Emonyew kitew lately ni

Sunday, June 19, 2011