Tuesday, July 26, 2011

17th July 2011


Pada suatu petang yang indah, dua orang puteri yang bernama Shlawa sebagai kakak dan Aqilawa sebagai adik yang comel pergi membeli belah ke Jucso Cheras Selatan.


Tujuan dua puteri itu pergi ke sana adalah untuk membeli kasut sekolah di Bata. Ya, memang dah bulan 7 dah sekarang ni tapi si Aqilawa yang comel itu sangat ngengade nak beli jugak.


Setelah selesai menunaikan hajat di Jusco, kedua orang puteri itu pon pulang ke rumah dengan cepat kerana hari sudah lewat dan jalan sudah sesak dan mereka sudah dapat membayangkan muka ayahanda mereka sedang murka di rumah. Tiba-tiba sewaktu berada di jambatan(atas Komuter Serdang), sebuah Perodua Kenari telah melanggar mereka dengan kuat(lah sangat)


Kedua orang puteri itu pon memberhentikan kereta mereka untuk melihat apa yang telah terjadi. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, mereka keluar dari kereta sambil bercekak pinggang tanda marah kerana kemalangan itu salah Kenari dan bumper kereta puteri Shlawa itu dah nak tercabut dengan lampu yang pecah dan sensor yg tercabut sudah!


Tiba-tiba keluarlah seorang pemuda yang amat mirip dengan Bruno Mars dari Kenari itu. Dua-dua terus cayerrrr dan mereka pon dikahwinkan dan hidup bahagia selamanya.

Ok mengarut. Dua orang puteri itu pon discuss-discusslah dengan abang Bruno Mars tu pasal repair kereta report polis ape semua. So, rasa lega lah sikit tapi balik rumah ngadu accident teros kena marah huwaa what a sad ending kan? Bye

Tuesday, July 19, 2011

MASUK YOUTUBE?!



Kena denda sebab salah buat kesimpulan huwaaa(malu)

Wednesday, July 13, 2011

ALHAMDULILLAH

"Maaf! 940721******, anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012"


*ni muka bersyukur*


Salam kesian kepada Fatin, Pares, Bida, Qoy, Mira(Zuraini), Wani dan sesiapa yang taknak tapi dapat :o

P/S: Manadew kite awesome ah Teyha hik hik

Tuesday, July 12, 2011

KAWAN JE

Betul kata Yasmin

Monday, July 11, 2011

BILA PUASA






  • Suka google makanan
  • Bila dah google, mesti bajet semua makanan yang di-google boleh dihabiskan
  • Suka kurangkan pahala puasa
  • Masa berjalan lambat
  • Buat-buat letih sangat padahal bila buka nanti minum air 2 gelas je dah ok

P/S: 'Ter'post awal pulak pasal puasa sedangkan bulan 8 baru start puasa(eh?). Saje nak isi masa lapang nak tunggu azan huwaaa

BISMILLAHIRAHMANIROHIM

PLKN SEMAK 940721-**-****

*tekan button send*

15888



Wuu takutnye. Penantian itu memang satu penyiksaan.

Sunday, July 3, 2011

BUSY


Alolo tengok tu Kiki mewajuk sebab dah lame tak layan dia. Tengok tangan tengok tangan hahaha

Saturday, July 2, 2011

BYE MI

S:"Weh korang free tak harini?"

Q:"Taktau lagi awat?"

S:"Jom makan sama! Aku belanja hehe"

Q:"JOMMMMMMMM!"


Siapa yang nak tolak kalo perkataan bold tu diucapkan? Siapa? Siapa? Ok sebenarnya aku terima pelawaan dia bukan sebab tu je. Itu no dua punye sebab hehehe tapi sebab utamanya ialah this week is his last week with us yakni aku dan Sera. 4th July ni dia dah nak sambung study kat Penang so minggu ni je lah kitorang nak meronggeng sama-sama hmm


Diriku tahu gambar diriku semuanya ceria, teruja dan bergigi. Patutnye buat muka sedih lah kan sebab last day. Manalah tau dah keluar kolej nanti terus lupa kitorang ke. MANALAH TAU. Tapi nak buat macam mana, dah rupaku kalo senyum memang hyperceria kan. Paling tak ceria punye ekspresi pon mungkin bila senyum tak bergigi urm

So, Syahmi Rifdy. Good luck ok! Makan sebanyak yang mungkin biar gemok. Jangan delete video aku dengan Sera tu. Berharga tu hahahaha balik sini mesti bawak awek keliling pinggang. Takpe! Aku tak marah hahaha jangan malas and jangan lupe kitowang tau wuu bye Mi. We love yaaaa(geli)