Sunday, September 6, 2009

TAK BOLEH BLA


Dah berapa malam saya tidur pukul 4 . Bangun pukul 5 . Ini semua angkara Drama Korea yang menampilkan pelakon-pelakon yang memang tak boleh bla kacaknya . Lagi-lagi kalau Shla balik rumah . Disebabkan pc kat rumah speaker rosak , jadi jakunlah saya dan adik saya bila Shla balik rumah bawa laptop . Terhegeh-hegeh .


Cuti yang lepas , baru mendapati bahawa hero drama Princess Hours yang sudah beribu kali ditonton amatlah kacak . Jadi asyik gooooooooooogle je lah pasal JOO JI HOON . Tiba-tiba tengok ada satu Korean Movie yang dibintangi oleh beliau . Cerita gay bhaiiiiiiii . Tak tahan aku .


Jadi , saya yang amat jarang menonton movie Korea ni pun tidurlah lagi sekali pada pukul 4 . Sangat tak boleh bla . Cerita dia memang best gila saya cakap sama lu . Kelakar pulak tu . Saya suggestkan kepada anda-anda yang gilakan Korea agar menonton Antique Bakery dengan lapang dada . Bagi saya ceritanya memang boleh bagi 5 bintang . Anda ? Saya tak nak ambil tahu .


Kenapa saya bersopan santun untuk enrty kali ini ? Saya pun tak tahu . Saya rasa hari ini saya tak boleh bla . Bye

Monday, August 31, 2009

AKU TAHU AKU BELAGAKK



Itu adalah saya di dalam gambar pertama ketika bertingkatan 1 . Muka aku sememangnya macam Dayang Senandung kat slot Lagenda time itu . Jadi baik di-sensod-kan daripada terbiar bukan ?

Thursday, August 27, 2009

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Aku sedar sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah , aku makin berubah . Lebih-lebih lagi dari segi warna . Namun tak pernah seorang pun yang menegur aku dengan penuh kesopanan dan kesusilaan . Until a boy came to me and said


"Kak Qila-kak Qila . Dulu kan , Haziq tengok kak Qila ni kaler coklat pekat . Sekarang dah coklat cair dah laa hehe "


The one and only paling sopan dollllll . Pernah jumpa budak macam ni ka ?

Wednesday, August 19, 2009

NUR FATIN AFIQAH a/p AZMIRUDDIN

Happy Birthday yg ke 23 . Moga kau cepat besar agar kau jadi lagi tua dari aku hahahaha and sorry lambat wish :)

FEVER RIVER

Cewaaahh title post aku bagai nak rak . FIVER RIVER bhaiii .

Boring betul duduk rumah . Tak tahu nak buat apa . Nak makan takde selera . Nak minum pun , kena minum 100 plus je sebab kalau minum air masak tak sedap . Rasa pahit , rasa ubat demam yang kena makan 4 kali sehari tuu . Wekk

"Kalau 3 hari lagi demam ni tak baik-baik , datang sini balik ye" kata Dr. Rasmani .

Gerun gila bila dengar si doktor cakap camtu . Yela , aku demam dahla tinggi , batuk pulak tu , nasib baik tak selsema kalau takk memang jadi suspek H1N1 laaa jawabnye . Tapi alhamdulillah sebab lepas makan ubat semalam dah rasa okay sikit . Dah boleh solat tak terhuyung-hayang . Takdela rasa macam nak baring je .

Tapi yang paling kesiannya , si Sai la . Dia dah terjangkit dgn aku . Dia batuk gila teruk ahh . Lagi teruk dari aku kot . I hope she'll be okay . Sorry ye Sai :)

Yang si kawan-kawan pulak agak tak guna .

"Wey Qila , kalau kau nak datang sekolah kau kena pakai mask ek . Kalau tak nak pakai jangan datang"

Haha bangang .

Sekarang pukul 1222 . Kena makan ubat pahit tuu lagi . Rasa macam tak nak makan , tapi nak sihat punye pasal terpaksala telankan je . Huh~