Tuesday, July 26, 2011

17th July 2011


Pada suatu petang yang indah, dua orang puteri yang bernama Shlawa sebagai kakak dan Aqilawa sebagai adik yang comel pergi membeli belah ke Jucso Cheras Selatan.


Tujuan dua puteri itu pergi ke sana adalah untuk membeli kasut sekolah di Bata. Ya, memang dah bulan 7 dah sekarang ni tapi si Aqilawa yang comel itu sangat ngengade nak beli jugak.


Setelah selesai menunaikan hajat di Jusco, kedua orang puteri itu pon pulang ke rumah dengan cepat kerana hari sudah lewat dan jalan sudah sesak dan mereka sudah dapat membayangkan muka ayahanda mereka sedang murka di rumah. Tiba-tiba sewaktu berada di jambatan(atas Komuter Serdang), sebuah Perodua Kenari telah melanggar mereka dengan kuat(lah sangat)


Kedua orang puteri itu pon memberhentikan kereta mereka untuk melihat apa yang telah terjadi. Sebaik sahaja kereta diberhentikan, mereka keluar dari kereta sambil bercekak pinggang tanda marah kerana kemalangan itu salah Kenari dan bumper kereta puteri Shlawa itu dah nak tercabut dengan lampu yang pecah dan sensor yg tercabut sudah!


Tiba-tiba keluarlah seorang pemuda yang amat mirip dengan Bruno Mars dari Kenari itu. Dua-dua terus cayerrrr dan mereka pon dikahwinkan dan hidup bahagia selamanya.

Ok mengarut. Dua orang puteri itu pon discuss-discusslah dengan abang Bruno Mars tu pasal repair kereta report polis ape semua. So, rasa lega lah sikit tapi balik rumah ngadu accident teros kena marah huwaa what a sad ending kan? Bye

No comments: