Friday, August 7, 2009

INI BENAR ! BUKAN AKU YANG SALAH !

Hari Ahad haritu aku keluar pergi yang flora-flora kat Putrajaya tu . Aku pergi agak awal tapi takdela awal mana pun , dalam pukul 9 lebih bertolak . Dan kebetulan pula pada hari yang aku pergi tu ada perasmian pembukaan agaknye .


Malas nak cite panjang lebar , lepas aku naik hot air balloon yang memang menakutkan , aku terasa bagai sangat sungguh dan amat tidak tahan nak buang air kecil . Jadi , kitorang adik beradik carikla tandas guna map yang diorang bagi .


Bila dah jumpa tandas , aku dapati tandasnye sangatlah pelik . Ye , maybe aku ni jakun tak pernah tengok tandas sebegitu rupa , ianya merupakan tandas bergerak yang mempunyai troli dan agak kecil sekali . Ada 4 kesemuanya di bawah 1 khemah tertutup . 2 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan .


Aku pun berhitung-hitung nak masuk tandas yang mana satu . So aku pilih yang paling tepi sekali .


Dan sebaik sahaja pintu itu dibuka dalam 1/3 lebarnya , aku dapati ADA SEORANG LELAKI BERPAKAIAN BATIK KUNING EMAS-EMAS DI DALAMNYA SEDANG MEMAKAI SELUAR ! . Sungguh tidak aku jangka perkara ni akan terjadi dalam hayat aku yang masih belum mengenal erti hidup .


Dengan penuh kejutan , aku terus berlari sambil membawa kakak-kakak aku dan adik aku lari dari situ sambil menjerit-jerit dalam nada sederhana "ADA ORANG KAT DALAM ! ADA ORANG KAT DALAM !" .


Kami membuka langkah seribu cuba lari sejauh yang kami mampu sambil tergelak-gelak tanpa menghiraukan orang sekeliling yang makin pelik melihat gelagat kami . Aku bukan apa , aku takut orang tu cam muka aku ni ha . Tak pasal-pasal aku kena saman sebab 'menghendap' walhal aku bukan orang yang jenis begitu .


Tapi , seriously bukan salah aku sebab

1) Pakcik tu yang tak kunci pintu siapa yang suruh
2) Kenapa dia masuk tandas perempuan padahal dia tu LELAKI


Ingin aku terangkan di sini bahawa AKU TAK BERSALAH dan ...... aku tak nampak apa-apa okay . Mata aku masih lagi suci . Bye